>

Monday, April 18, 2011

Confession of obsession..

Hai uolss.. Good day ya.. Lama ndk jenguk2 blog ba.. Rindu jugak tapi mau buat macamana? Di opis busy dengan kerja, di rumah busy dengan anak2… Nasib badan, tiada pilihan untuk aku memilih seadilnya.. Apapun aku bersyukur aku masih dapat meneruskan kehidupan seperti selalu, sentiasa dan selamanya. Cuma takdir memilih aku untuk tidak membuat pilihan. Mungkin kalau aku dapat membuat pilihan, aku tersilap. Apapun aku pasrah. Yakin semua itu datangnya dari Allah S.W.T.

Walaupun sudah lama berlalu, aku masih merasainya. Ku harap dia juga begitu di sana. Adakalanya ku masih merasakan kehadirannya dalam hatiku.. Mungkin ini takdirku, tapi aku berharap dia akan bahagia. Itu doaku untuk dia..

Bilang orang, jangan menyakiti atau melukai orang lain kalau tidak mau disakiti. Kerana karma pasti akan berlaku. Aku pasrah lagi… Walaupun aku tidak pernah menyakit sesiapa.. Di mana boleh ku cari sepertinya? Tiada… Kehadirannya biarpun untuk sementara, tapi dia banyak beri aku erti.. Erti menghargai, merindui, menyayangi… Banyak yang dia berikan untuk aku. Tapi semuanya sementara.. Aku makin pasrah.

Akan ku teruskan perjalanan ini. Itu janjiku pada dia. Mungkin dia mengabaikannya kini, tapi aku pasti aku juga meninggalkan kesan dalam hatinya.. Apapun, terima kasih cinta..

No comments:

Post a Comment