>

Tuesday, November 30, 2010

redha dan bersedialah..

Halluuu.. Lam ndk update 'rumah' ni.. macam dilanda kemurungan jugak.. heheheh ndk la.. we're happy! bukan apa.. bila buka FB tengok-tengok status orang, post-post di wall, ramai yang meluahkan masalah rumah tangga, kesian jugak, tapi itu adalah satu cubaan dari Allah s.w.t. Bukan apa memang masa bercinta tu saat paling indah, seperti terbang di awangan, seperti asam rasa coklat.. macam banyak lagu2 cinta yang memuji kebahagiaan yang mereka kecapi tika bercinta.. 

Tapi jangan la kita lupa, siapa dia yang kita cintai... Sebab itu jugak adalah punca. Jika kita jumpa dia di tempat yang baik dan terpelihara dari syaitan dan iblis, maka itulah dia.. Tapi bila dia seorang suami, ayah atau yang sewaktu dengannya, dan jumpa pula di tempat-tempat yang dot dot dot.. Maka redha dan bersediala.. Kerana seorang perempuan atau wanita... kecantikan hanyalah sementara.. Dulu aku pun begitu, mungkin sebab kira ada paras rupa aku pun mahula mencari lelaki kaya, hensem dan bergaya.. Tapi itu semua silap... Aku hairan, bila aku perkenalkan hubby ku dulu masa kami bercinta, abangku hanya tanya dia camni.

1st question. "Kau bujang?"

2nd question. "Bekerja di mana?"

3rd question. "Berapa umurmu?"

4th question. " Suku apa ya?"

Pas tu dorang bercerita-cerita la macam biasa.. Pada masa tu aku memang hairan, kenapa itu jak dia tanya?? Huhu.. Balik jak dia.. Abangku bagitahu hujung minggu ni kami bertunang... Mak kau?? Ndak gila kaa ya??

Akhirnya kini aku tahu mengapa hanya soalan itu dan kenapa abangku terus mahu menjodohkan kami?? Tapi alhamdullillah, kami bahagia setelah 6 tahun berkahwin dan mendapat tiga cahaya mata! Gambar kawin?? Malulah mau upload... Hihihihihihi....

Ok all.. Babai..

Thursday, November 25, 2010

independent day!

hello... salam... happy friday... hihihiihi.. sok weekend.. tapi tidur jak laa di rumah jwbnya.. oo sok mau spa rambut la di rumah.. pas tu pakai masker.. banyak da tumbuh-tumbuhan menumpang di muka ni.. huhuhuhu dua tiga tahun akan dtg orang ingat makcik hubby aku plak.. bukan wife lagik.. hihihihi...syukur jgk sebab hubby da sedikit gemuk.. semalam timbang berat dia naik 8 kg dah.. dua tiga tahun lagi dia plak org ingat pakcik aku.. hahahahah (sorry ba!) ..

buka facebook pun itu-itu jugak.. mau kuar plak panas.. konco pun hilang..aparahhh.. dok opis la memblog kejap... ni plak macam heng-heng line ni.. hampehnya! tapi tadi i request dari kawan opis ni minta kuar awal konon mau isi minyak si snow white yang past-past 'E'.. huhu.. sampai jak aku dekat SHELL tu, tiba2 bunyi letupan.. huhu.. aku pun bawa si snow white cabut! Rupanya gerai-gerai makan lama di dekat pasar tu terbakar.. kuang kuang kuang.. aku pun mencari arah n stesen minyak yang paling dekat, tapi jammed macam devil! org tawau ni mmg suka interframe kalau ada hal2 begini ni.. sampaikan bomba mau lalu pun dorang wat 'dek' jak... ngeh ngeh ngeh.. ndak pa laa sebab yang terbakar tu pun kerabat tu jugak... hahhahaha kejamnya aku!

Adalah 15 minit tu aku berjammed2 terikut orang-orang tu di jalan raya.. huhu dan akhirnya snow white dapat jugak minum... aku pun lega.. bayangkan... dia mati di tengah-tengah jammed tu... huhu... ku tinggal jak dia.. kuar dari perutnya buat muka-muka ayu... hahahahah...tapi syukur semuanya selamat.. hihiihih...

karang time to ABC dulu yah... ok semua.. papai!

Monday, November 22, 2010

the best things i ever had...

A'kum, after a moment ago.. i reback.. eheheheheh... tired and busy siapin keja, tapi mencuri masa sedikit masuk memblogging.. huuhuhu.. ayat berbelit eh?? ada ku kesah?! hiihhiihih... refer tajok, lain mcm plak bunyi kan? but i dont have any ears to listen to.. jadi menaip la di sini sambil berfikir tentang bareng yang mau disampaikan... i dont have any best things actually, tapi i had 1 before.. it past la konon. mungkin dia anugerah terindah tapi bukan untuk dimiliki.. pa papun, im happy that moment. sekarang i lost everything dan setelah memikirkan balik apa yang patut dan tidak patut aku tahu semua dari aku... aku teralatkan oleh sesuatu yang merosakkan pandangan orang lain terhadap aku.. itu silap aku sebab menjebakkan diriku.. tapi aku berharap sangat menjelang akhir tahun ini, aku mampu mengubahnya... aku yakin aku boleh.. mungkin ini pengajaran tapi bukan my destiny.. the last, bolehkan sebegitu kejam? ya boleh.. setelah beberapa tahun aku teralatkan oleh dia, ini masa untuk aku memikirkan kehidupan ku dan sesuatu yang telah aku lepaskan. masih belum terlewat tapi.. ada aku kesah? hiihihihi... susah jugak menjaga hati orang lain yang sedangkan hati kita ndak terjaga. bukan ikut hati tapi ini masanya memikirkan diri sendiri macam semua orang dalam family aku.. muahahahahahaah... betul jugak tu, buat apa fikir orang lain yang tidak pernah memikirkan kita?! buang karan...

waktu aku ada best thing ni, ringan jugak la kiranya aku memikul, sebab bila aku bersedih atau terlebih bergumbira, aku ada tempat mau share. satu kali, dia hilang, meroyan sendiri aku... sadisnya.. tau la.. kadang yang memang milik tu susah mau faham, sebab aku ni hanya kepentingan kesenangan jak pun.. egonya, angkuhnya dia bukan sedar dari mana teguhnya dia berdiri.. mungkin Allah s.w.t jadikan ini semua ujian untuk aku dan aku pasrah.



so masih ada satu bulan kan untuk melangkah ke kehidupan baru.. and chaiyok to me! go go go!

Thursday, November 18, 2010

I love the way i lie...

Bismilahirrahmanhirahim... Al fatihah untuk mereka yang telah kembali kerahmatullah..
Gud morning pada u olz.. What a tired pagi ni... Nasib da friday ba.. Sok weekend, tapi macam biasa waktu sekarang terlalu pantas berlalu.. Dua hari bagai sehari rasanya. Ini adalah zaman2 teakhir dunia mungkin, seram jugak bila mengingati kedatangan kiamat dan malapetaka... Tapi masih ramai jugak manusia yang jahil dan lupa diri... Aku harap aku tidak tergolong dalam mereka2 yang jahil. Amin.
Pernahkah kamu terfikir dalam kehidupan yang kamu impikan berakhir dengan seribu satu duka?? Pernahkah orang yang berkongsi semua benda dengan kamu mengkhianati kamu?? Pernahkan kamu tersalah membuat pilihan dan tersilap mengenal hati budi orang?? Inilah yang aku alami sekarang. Mau tau??? Rasanya seperti makan oren.. Ngeee.. hihihihih.. Seperti kata pepatah orang tua " sesal dahulu pendapatan, sesal kendian tiada gunanya". Macammana pun hidup harus terus.. Bersabar kerana Allah sudah mengaturkan semuanya untuk kita.

Cuma kadang2, rasa menyesal tu tebal walaupun aku cuba bersabar. Mungkin ini nasibku, tapi bukan semestinya ini takdirku. Aku dimiliki oleh orang yang salah, orang yang tidak tahu menghargaiku semasa aku bersamanya. Aku yakin semua ni sebab memang dari dulu kejadian sebegini selalu menimpaku. Bila ku ke haluan lain baru dorang sibuk mahukan aku kembali. Adilkah aku memaafkan dan mengiakan mereka?? Tapi bila difikirkan balik, itu cubaan.. Hidup memang penuh dengan teka teki. Aku pernah rasa sekali, aku kehilangan seorang yang paling aku sayangi hanya kerana aku mahu melindunginya. Melindunginya dari banyak segi, termasuk dari ketamakan pemilikku... Aku takut aku akan menjadi penyesalannya jika aku menggenggamnya. Aku relakan dia pergi walaupun aku tau aku melukai jantungku. Tapi telah ku kesemadikan dia dalam hidupku sampai bila2 pun.

Selalu ku berdoa dapat hidup bersamanya, membina mahligai impian tapi apakan daya semua itu mustahil. Sabar.. Semua ada hikmahnya, sebab mencintai tidak semestinya memiliki. Cukuplah sekadar melihatnya bahagia bersama yang berhak. Tapi sampai sekarang aku masih bisa merasakan dia juga mendambakanku. Kurindu pelukannya. Kurindu pujukannya... Aku merinduinya.... Ya Allah, jauhilah perasaan ini, jauhilah perasaan ini.. Aku tidak sanggup lagi menanggung semua perasaan ini... Aku tidak kuat untuk menghadapinya.. 




Akan ku cuba memujuk hati demi anak2 ini.. Ku cuba tapi ku takut untuk berjanji yang akan aku mungkiri.. Bukan ku pandang dirinya yang berdiri disebelahku, bagiku dia tiada lagi ruang dihati ini walaupun sekecil zarah. Aku jijik bila dia melihatku, aku jijik dengan dirinya, dengan tangannya yang kotor. Aku jijik! Sungguh jijik dengan dirinya yang rakus memaksaku. Aku berdoa dia sedar, berdoa ada orang yang lebih mahukannya. Adakah? Masih adakah wanita baik yang mahukan dirinya?? Tiada! Kasihan wanita2 yang memandangnya tinggi, kasihan! Kehidupan jahil yang bertopengkan wajah bodohnya mampu mencairkan sesiapapun? Adakah dia dajal? Dajal yang menghancurkan hidup2 wanita? Aku bukan sekejam ini menuduhnya.. Tapi sebagai orang yang berdiri disebelahnya cukup menderita dengan ketamakannya. Kesenangan yang ku berikan bukan ku ungkit, tapi cukuplah sekadar dia memahami hasrat hatiku. Lepaskanla aku...

finally...

Hey, this is 1st time i blogging nite. And firstly used my lappy jugak.. Selalu mencuri empat kerat dari ofis jak.. tapi kali ni curi wifi kakak aku plak la yer... Today so tired, but so and so la.. Hubby look unhappy with this, sebab mungkin dia tak tau this is my most hobby actually.. Kalau dulu time bujang2, tulis di diary jak, tapi sebab peredaran zaman, upgrade da... Hihihi.. Upgrade mana pun masih jugak melayu.. masih jugak 1 malaysia.. Up skit slogan PM... 

One best things, my only and only sis pulang beraya this time, last raya puasa tak dpt pulang... Yang paling happy anak2 laaa... Dapat jgk lepas rindu dgn dia.. She funny and nice! Ahaks.. Up sikit dia.. Actually sebelum merantau sempat jgk dia stay dgn kami, jaga my kids.. tu yang budak3 tu rapat dgn dia.. Dia jugak byk kept my secret life.. Ahaks.. Biar pecah perut ya, jangan pecah dimulut.. Oh ya lupa mau introduce namanya kan? Her name is Iramaya! Hihihhihi...











Funny kan?? Hahahahah semua candid dirancang... Muahahaha.. Apapun enjoy! Papai...

Sunday, November 14, 2010

Eid'ul Adha!

Assalamualaikum w.b.t, selamat pagi semua.... Hihihiih mood happy yer?? Aisey, hari ni perjuanganku bermula... Try with new job, berbisness kecil-kecilan laa... jual wajik.. Muahahahahah ada rupa ker??? Weird kan?? Selalu masak nasik pun bilang hubby aku kecundang ni kan plak buat wajik.. ngeeeee.. Tapi aku b.o.l.e.h sayang! Trust me... Hihihihi barang kering dia seperti pulut, gula and pandan dah sedia.. Tinggal santan jak.. Sebab mau guna yang fresh! Huhu.. Hari ni 1st batch laa konon, ti dah siap kita upload k.. Hihihihiih... No actually recipe dari mertua ba... Hihihihi, kalau adik bongsunya yang kami panggil 'bibik' terkenal dengan amplang, my in law ni terkenal dengan wajiknya.. takat ni kami dah dapat 5 tempahan... permulaan yang agak baik jugak.. sebab sebelum ni biasanya buat untuk makan sendiri jak pun.. kali ni share dengan orang lain.... Tugas aku dengan hubby macam biasa , tukang gaul santan hingga jadi minyak.. Tapi hari ni i dont think hubby dapat tolong, sebab dia kerja " Hello, BIRO ADUAN AWAM, M.P.T " hihihiihihhi... Kalau dia ndk keja boleh jugak kami berkerja keras berdua.. Tapi no worries, ada aunty nor... my new partner this year! *wink* Kami ada masa dua hari ... DUA HARI! Hihihihihi, rumah masih berhambur, langsir and cadar masih belum ganti.. Alahai.. Dengan tiga orang baby lagi! Huhu.. Memang mencabar laa kali ni.. Tapi harap2 semua berjalan lancar. Amin! 

Apapun doakan kejayaan aku yer... Hihihih rasanya lepas ni busy skit laaa sampai lepas Eid'ul Adha.. So, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha to all muslims... Dan kepada kaum keluarga yang menunaikan ibadah haji, semoga mendapat haji yang Mabrur. Amin... Maaf Zahir Batin! Lurve...

Thursday, November 11, 2010

Hot! Hot! Hot!

Fuhhh... Memang panas sepanas topiknya tau.. Hihiihihih.. Cuma masih under control ... Aku bukan jenis yang HIGH BLOOD pun.. Ahaks...

Sedih jugak rasa hati bila kita dah berusaha membantu tapi tak terhargai?? Kalau yang di bantu macam vavi, buat pa mau bantu lagi kan?? Apakan daya... Pandang dengan dua belah mata.. Kehkehkeh.. Pa pun ni pengajaran tuk aku jugak nih! Huhaaiiii... Betul cakap abang aku "lain kali, jangan dok sebok bantu orang... Sebab ibarat melepaskan anjing tersepit...". Ini pengajaran!

Tapi bila renung kembali sifat sebenar aku ni susah jugak sebab aku ni jenis ndk sampai ati punya org baa.. tu yang orang suka-suki jak berlagak dengan aku.. Walhal betapa Powernya aku ni! Huhuhu... Aku sayang anak3 aku.. Hihihihihihi... Tapi sabarla... mungkin ini cobaan... jadi bilang mertua tersayang aku " masak bodoh" ... Hihihihihi..

Tapi kini aku tau, siapa dia gunting dalam lipatan yang sebenarnya... Im cool and pretty cool.. Biarla apa orang mau cakap atau pandang aku dengan apapun.. Sebab aku tau siapa aku! I'm independent what?! I can do anything by myself?? Ya ka?? Leh caya kaa??? Boleh kot... Muahahahaha.. [ >:) ] tau apa lambang ni??? Hell yeah...


K la. Ndk boleh plak komen banyak2 di sini, nanti kontroversi lagi, tapi ingat aku ku ingat saat ini sampai bila2.. Babai olzz.. Have a nice weekend ya! Lurve..

Sunday, November 7, 2010

wallawei!

it's monday again, kalau budak sekolah happy sudah ni.. dekat2 hujung tahun cuti semester lama... hiihihi tapi bagi mak bapak cam kami laki bini, time ni laa pening nak cari 'hong' bayar yuran anak plak.. lagi next year dah dua orang yang 'school'... ngeeeee... tapi it's ok... it's ok.. pujuk hati sendiri... hahahahah... lepas da 3 hari berweekend ni, rasa malas menyerang! huh! status meja masih berlambak... status akaun, jgn ckp laa buat stress memuncak.. what when wrong with me?! :( malas menjadi, badan menggemuk.. muahahahahah... appetite bertambah, matila macam gini ooo.. tapi ni la orang kata, the real life begin... hihiihiih..

Tuesday, November 2, 2010

Perginya seorang sahabat....

Al-fatihah tuk arwah MOHD AZRIE BIN ISMAIL. Walaupun dia pergi untuk selamanya namun memori bersamanya tetap segar dalam ingatan. Sebenarnya arwah ni my first love masa form 2 dulu. Kami satu sekolah sejak darjah 1, tapi bila naik ke sekolah menengah kami terpisah sekolah... Aku ke SMK Kuhara dan arwah di SM Holy Trinity. Tapi bertemu dan bircinta monyet setelah terjumpa di Majlis Sukan Sekolah Daerah Tawau. Arwah seorang yang sangat baik, lembut dan sabar. Hampir dua tahun kami bercinta monyet dan ada beberapa kali aku dan dia ke rumah beraya.. Maklumla cinta monyet alam persekolahan... Ada sekali raya tahun 1995 tak silap aku, kami buat baju melayu dan kurung dari kain yang sama warna iaitu 'BIRU' pebret warna dia ketika itu. Bila kawan beritahu pasal pemergian dia kemarin, aku rasa keliru, sedih dan semua memori bersamanya teringat kembali. Al-fatihah yang mampu ku sedekahkan untuk dia. Semoga anak dan isteri dia tabah menghadapi ujian dari Allah SWT. Amin. Sudah agak lama juga kami tiak berjumpa sejak dia meneruskan pelajarannya dan bekerja di KL. Dengar2 berita sudah pergi buat selamanya... Apapun Allah SWT  lebih menyanyagi Arwah. Yang pergi telah pergi dan yang masih hidup teruskan perjuangan.. 

Gambar ini diambil 2 hari sebelum arwah terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawanya.. Kepada ahli keluarga arwah, semua ini sekadar kiasan daripada seorang sahabat yang menghargai arwah.Tidak lebih dari itu, diharap tidak menyinggung perasaan sesiapapun.

Monday, November 1, 2010

November rain..

Assalamualaikum.. Hey all, hows life?? hope it cheer with laughter ya.. tak mo sedey2, tak mo kenang2.. but i did it.. still got rainy day... still got scars.. ouch! adakah dia masih mempunyai sesuatu seperti yang aku rasakan?? atau just act to be care?? huhu... kalaula kita tahu isi hati dia.. hihihihi .. isk isk isk... napa ka aku ni??! keja pun malas, byk dah pending kat meja tu haa.. kalaula semut ternaik ke atas meja aku tu, conpom confirmed sesat.. huhu.. rasanya mau tukar keja baru ni?? tapi, sayang plak gaji dah besar.. kalau tukar keja baru gaji mungkin dpt setengah jak dari yg sekarang ni kan.. belum tau dpt bonus lagik, ni kira da boleh budget la.. sebab 15hb disember jeng jeng jeng.... tapi estimate tuk yuran anak2 yg sekolah plak.. :( padahal kalau ikut hati banyak mau repair kat badan dan muka ni.. hihihihihi silap hari bulan hidung baru.. ahaks... (opss sori kalau tersinggung) ... cerita punya cerita mata makin mengantuk, maklumla.. tadi masa hantar anak2 ke rumah mak di taman wawasan sempat lagik aku membedal sepiring kuay teow goreng dgn segelas teh '0' panas, dalam perjalanan singgah di hill top beli roti tau sa panas2 lagik.. fullamak! naik laa 2 kg ni... rosak diet! hahhha.. dah la 3 hari berturut makan besar sebab my big bro datang dari KL.. last friday, lunch nasik kuning yang my mum masak, malamnya makan di Pizza Hut 4 jenis pizza dan air fruity fizz.. yummy! esoknya makan ikan bakar lagi, malam minum kat Relaxing Cafe.. actually makan chicken chop dgn ABC Durian.. huhu... perut jgn cakap la.. hihihihiih.. Until today laaa penat usus aku menghadam... tapi last nite aku tak makan... sebab masak sendiri, jadi mood tuk makan tu kureng sikit.. :P .. tapi diet mode masih berjalan tau.. target tak reach lagi ni.. chaos!

Tuesday, October 26, 2010

what a tired day..

Cak! :) hey, writing again... nothing to do.. so i came to check... hrmmm, feeling fresh and cool today even banyak perjalanan yang dilalui... just starting vit c again by today and hope im not forget to take it frequently.. ahaks... sejak dah berekor tiga ni asyik lupa jak kejaku tau.. i cant imagine if i reach 60-80 years old.. hihihihi hopefully la umur panjang... today my son request nasi and ayam goreng.. before ndk pernah jugak... so, we stop by at Restoran Warung Jawa, Taman Semarak. Then bagi dia makan la as request... Ndak sangka licinnn.... :) Dah besar pun dia.. Minum segelas Milo 'Ping' and he's smile... Siannyaa... So touchy..

Sunday, October 24, 2010

Need an urgent treatment...

Salam, hihihih baca jak topis topik ni memang menyeramkan kan? Actually bukan treatment gila ya.. Huhu.. tapi dah lama rasanya tak manjakan diri ni tau.. I mean beriadah. Sekarang ni asal cuti jak stay uma, tidur, kemas2 and masak.. Pokoknya macam ibu2 lepas bersalin laa... Cis... Walhal anak2 pun dah besar tau.. tapi ntah laa... kewangan tak mengizinkan kut.. Kalau diikut, semua jugak dapat beli and makan tapi bila bab nak manjakan diri sendiri ni sayang plak duit.. Huhu.. Ndk boleh jadi ni tau.. Aku mesti manjakan diri ni.. Chaiyok! Chaiyok! Tadi call dua tempat kecantikan.. Hrmm.. fikir2 mau start treatment muka ni dalam waktu terdekat la.. Insya-Allah.. Dah tua sangat rasanya diriku ini tau.. Sebab asyik fikir keluarga jak, sampai untuk diri sendiri pun dah terabai, silap hari bulan 2-3 tahun kemudian org ingat aku ni baya hubby plak padahal aku muda 10 tahun dari dia.. Cisss... Nak try yang treatment bervitamin2 la pulak.. Zaman2 mau kawin dulu mana ada ni vitamin C semua, treatment biasa jak aku buat, tapi berseri jugak.. Muda lagi kut, hihihiihi... Sekarang umur dah meningkat, baru tak jaga cepatlah si tua menjemput! Huhu... Doakan aku berjaya buat treatment ,k ... lurve u alls.. ;)

Friday, October 22, 2010

missing ...

Hey everyone... dont know where to start.. hhihiih tapi hati beria2 mau tulis, hrmmm berat rasanya menyimpan sesuatu yg tidak dpt diungkapkan, kan? Hrmm tiap ari aku lalu tempat tiap ari jugak rasa 'missing'... so stupid, tapi itula kenyataannya.. :) i thought da almost 1 years and half tau berlalu tapi rasanya masih mengharap! huhu.. bilakah semua ni berakhir??? Sometimes sedih jugak, tiada sesiapa yg memahami, sometimes happy sebab rasa lebih bergantung pada diri sendiri... "I'm am stronger than yesterday!" petikan lagu Britney Spears... walau apa pun dia sedia jugak terima budi bicara aku sebab kadang tu dia pandai gak meluah dengan aku ni haa.. tapi sebab ego aku kuat! aku bertahan.. biar dia yg cari aku dulu.. Bukan apa, selama aku bersamanya  semua beban rasa ringan, hati ni rasa ndk macam 'rainy day' jak. Dia mendorongku membuat keputusan yang betul demi anak2, mendorongku untuk tidak mengalah.. thanks ya to dia..
 
Tapi apa boleh buat inilah kehidupan dan aku akan terus berjuang untuk diri sendiri dan anak2. tu jer laaa kena pasrah.. semua ni akan berakhir bila aku betul2 ingin mengakirinya... sabr anna yer sabar...sabar itu separuh daripada iman... dan aku yakin aku akan menemui hikmahnya.. Amin!

Wednesday, October 20, 2010

My Life's...

Hye ... Ok, im going to tell u all about me... I am 28 years old wife and mum... Bekerjaya, pandai memandu (cuma blum dpt bli kereta idaman (HONDA FIT) , takat ni beliur jak tgk keta idaman tu... :( jejaka idaman dah ada (En. Salehin Ibrahim)... hihihihih... ) got 1 handsome son, and 2 doter yg cute...and sedar tak sedar nila aset yang paling mahal tau... 3 orang.. korang ada??? nehhh... My hubby ni orgnya pendiam... bila dgn orang laaa... dengan i plak dia paling funny... Here is the handsome man tu...


Hhiihihih.. Dia ni bekerja di Majlis Perbandaran Tawau.. Tu la specialnya, bila masuk hospital or pergi mana2 pejabat buat urusan senang.... huhu.. im as his wife tumpang sekaki... hihiihih.. 

My first son, tahun ni dah Tadika 2, sekolah di SJK YUK CHIN.. Taraaaa...

 


Ni la dia MUHAMMAD SYUAIB (di rumah kami panggil dia Abang CUYIP) .. pebret dia mkn coklat, aiskrim coklat.. roti coklat... semua serba serbi coklat baru dia ngap! kalau tiada berunsur coklat dia tak minat.. bab nasi makanan asas ni pebret dia ikan goreng dgn nasi putih jak ... hihihi... he is daddy's son la pendek kata... if tiada mumy dia ok lagi, tapi if tiada dady susah skit.. Lahir pada 27hb Ogos 2004...
Addicted to transformers, dia ckp yobot2... and the funniest thing is dia sebut dinosaurs as 'kolongkoco'.
Sebab pelat dia kuat sangat walaupun dah masuk 6 tahun, mungkin sebab anak sulung, dia tiada kawan belajar bercakap... banyak bahsa yang dia sebut kami ndk tau..
The 2nd is SYIFA SHERLENE (di rumah kami panggil Kakak YIPA), lahir 18hb April 2006, keluar 2 tahun selepas si ' abang cuyip'.. minat sangat pinky!.. seawal umur dua tahun dia dah petah bercakap... hihihih manja dengan mumy ni... sebab anak pompuan...
Bercita2 tinggi, tapi kuat betul merajuk.. 

Addicted to Hello Kitty... Semuanya mau kucing tu ... baju kasut aksesories... huh...tapi tak hairan sebab i pun addicted kusing masa remaja2 dulu...tak silap saya pernah bela 5 ekor kucing.. Black, Janet, Rocky, Epung and Belang ... Tapi sejak beranak pinak ni tak mo la piara takut anak2 kena bulu dia kan bahaya.... Dia ni laa teman saya di dapur, tgk drama and melaram.... hihihiihih..
The last, youngest and smallest our miracle baby, SYAFIAH RAIHANNA (di rumah call HANA), dia ni premature.... Lahir pada 28hb Jun 2007.. Tak sabar2 mau keluar kut, jadi berat lahirnya cuma 1.35kg. bayangkan betapa keciknya dia.. Kesiann... 



Ni la meraka, yang menceriakan rumah tangga kami... Walaupun penat tapi kami gembira bersama anak2 kecil ini.. Kekadang tu mereka bertiga ni buat kami bergaduh, tapi mereka bertiga jugak buat kami berbaik... AL KISAH keluarga S!

Hello World...

Salam to olz, actually this is not the first tym i blogging.. hihiihih suddenly i TERPAKSA delete my old blog.. huhuhuh reason, biarla rahsia (opssss... terjujur sudah).


So, now i'm back... Sejujurnya, blog ni buat kita rasa lebih jujur.. ye tak?? sesapa agreed??? answer me... Anyone yang baca blog ni atau terjumpa blog ni.. Come on, be my follower's ... OK dear olz... Ti i'll be back tau.. tuk ceritakan yg selebihnya.. WHO AM I?? :)