>

Thursday, November 18, 2010

I love the way i lie...

Bismilahirrahmanhirahim... Al fatihah untuk mereka yang telah kembali kerahmatullah..
Gud morning pada u olz.. What a tired pagi ni... Nasib da friday ba.. Sok weekend, tapi macam biasa waktu sekarang terlalu pantas berlalu.. Dua hari bagai sehari rasanya. Ini adalah zaman2 teakhir dunia mungkin, seram jugak bila mengingati kedatangan kiamat dan malapetaka... Tapi masih ramai jugak manusia yang jahil dan lupa diri... Aku harap aku tidak tergolong dalam mereka2 yang jahil. Amin.
Pernahkah kamu terfikir dalam kehidupan yang kamu impikan berakhir dengan seribu satu duka?? Pernahkah orang yang berkongsi semua benda dengan kamu mengkhianati kamu?? Pernahkan kamu tersalah membuat pilihan dan tersilap mengenal hati budi orang?? Inilah yang aku alami sekarang. Mau tau??? Rasanya seperti makan oren.. Ngeee.. hihihihih.. Seperti kata pepatah orang tua " sesal dahulu pendapatan, sesal kendian tiada gunanya". Macammana pun hidup harus terus.. Bersabar kerana Allah sudah mengaturkan semuanya untuk kita.

Cuma kadang2, rasa menyesal tu tebal walaupun aku cuba bersabar. Mungkin ini nasibku, tapi bukan semestinya ini takdirku. Aku dimiliki oleh orang yang salah, orang yang tidak tahu menghargaiku semasa aku bersamanya. Aku yakin semua ni sebab memang dari dulu kejadian sebegini selalu menimpaku. Bila ku ke haluan lain baru dorang sibuk mahukan aku kembali. Adilkah aku memaafkan dan mengiakan mereka?? Tapi bila difikirkan balik, itu cubaan.. Hidup memang penuh dengan teka teki. Aku pernah rasa sekali, aku kehilangan seorang yang paling aku sayangi hanya kerana aku mahu melindunginya. Melindunginya dari banyak segi, termasuk dari ketamakan pemilikku... Aku takut aku akan menjadi penyesalannya jika aku menggenggamnya. Aku relakan dia pergi walaupun aku tau aku melukai jantungku. Tapi telah ku kesemadikan dia dalam hidupku sampai bila2 pun.

Selalu ku berdoa dapat hidup bersamanya, membina mahligai impian tapi apakan daya semua itu mustahil. Sabar.. Semua ada hikmahnya, sebab mencintai tidak semestinya memiliki. Cukuplah sekadar melihatnya bahagia bersama yang berhak. Tapi sampai sekarang aku masih bisa merasakan dia juga mendambakanku. Kurindu pelukannya. Kurindu pujukannya... Aku merinduinya.... Ya Allah, jauhilah perasaan ini, jauhilah perasaan ini.. Aku tidak sanggup lagi menanggung semua perasaan ini... Aku tidak kuat untuk menghadapinya.. 




Akan ku cuba memujuk hati demi anak2 ini.. Ku cuba tapi ku takut untuk berjanji yang akan aku mungkiri.. Bukan ku pandang dirinya yang berdiri disebelahku, bagiku dia tiada lagi ruang dihati ini walaupun sekecil zarah. Aku jijik bila dia melihatku, aku jijik dengan dirinya, dengan tangannya yang kotor. Aku jijik! Sungguh jijik dengan dirinya yang rakus memaksaku. Aku berdoa dia sedar, berdoa ada orang yang lebih mahukannya. Adakah? Masih adakah wanita baik yang mahukan dirinya?? Tiada! Kasihan wanita2 yang memandangnya tinggi, kasihan! Kehidupan jahil yang bertopengkan wajah bodohnya mampu mencairkan sesiapapun? Adakah dia dajal? Dajal yang menghancurkan hidup2 wanita? Aku bukan sekejam ini menuduhnya.. Tapi sebagai orang yang berdiri disebelahnya cukup menderita dengan ketamakannya. Kesenangan yang ku berikan bukan ku ungkit, tapi cukuplah sekadar dia memahami hasrat hatiku. Lepaskanla aku...

No comments:

Post a Comment