Al-fatihah tuk arwah MOHD AZRIE BIN ISMAIL. Walaupun dia pergi untuk selamanya namun memori bersamanya tetap segar dalam ingatan. Sebenarnya arwah ni my first love masa form 2 dulu. Kami satu sekolah sejak darjah 1, tapi bila naik ke sekolah menengah kami terpisah sekolah... Aku ke SMK Kuhara dan arwah di SM Holy Trinity. Tapi bertemu dan bircinta monyet setelah terjumpa di Majlis Sukan Sekolah Daerah Tawau. Arwah seorang yang sangat baik, lembut dan sabar. Hampir dua tahun kami bercinta monyet dan ada beberapa kali aku dan dia ke rumah beraya.. Maklumla cinta monyet alam persekolahan... Ada sekali raya tahun 1995 tak silap aku, kami buat baju melayu dan kurung dari kain yang sama warna iaitu 'BIRU' pebret warna dia ketika itu. Bila kawan beritahu pasal pemergian dia kemarin, aku rasa keliru, sedih dan semua memori bersamanya teringat kembali. Al-fatihah yang mampu ku sedekahkan untuk dia. Semoga anak dan isteri dia tabah menghadapi ujian dari Allah SWT. Amin. Sudah agak lama juga kami tiak berjumpa sejak dia meneruskan pelajarannya dan bekerja di KL. Dengar2 berita sudah pergi buat selamanya... Apapun Allah SWT lebih menyanyagi Arwah. Yang pergi telah pergi dan yang masih hidup teruskan perjuangan..
Gambar ini diambil 2 hari sebelum arwah terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawanya.. Kepada ahli keluarga arwah, semua ini sekadar kiasan daripada seorang sahabat yang menghargai arwah.Tidak lebih dari itu, diharap tidak menyinggung perasaan sesiapapun.





No comments:
Post a Comment